MENU

Kesinambungan daripada dua Program Jom Sihat sebelum ini, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan sekali lagi mengadakan Program Jom Sihat (Zumba) pada 8 Ogos 2019 yang lalu bertempat di Taman Lagenda, Kuah. Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan Oleh Setiausaha MPLBP, Nurul Azyyati Binti Ahmad Salmi dan diikuti dengan aktiviti zumba. Program ini juga menjemput beberapa agensi lain untuk memeriahkan lagi Program Jom Sihat ini dalam memupuk masyarakat untuk bersukan dan mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Diharapkan MPLBP akan meneruskan siri Program Jom Sihat ini pada masa-masa akan datang.

Last Updated: Wednesday, 16 October 2019 - 11:25am