Fungsi
Fungsi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Melipat gandakan usaha-usaha menambah dan mempelbagaikan punca hasil dalam usaha mengurangkan pergantungan ke atas hasil cukai taksiran
Mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan perkhidmatan perbandaran selaras dengan kehendak, citarasa dan keselesaan penduduk
Mempertingkatkan pengindahan kawasan dan kawalan kebersihan serta kesihatan
Menggalakkan pembangunan fizikal selaras dengan polisi perancangan negeri mengikut keutamaan yang ditetapkan
Menambah pemilikan tanah-tanah kerajaan dalam kawasan Bandar Langkawi untuk dibangunkan sebagai projek komersil/pelaburan hartanah
Mengkaji semula kadar sewaan gerai-gerai yang telah dinaiktaraf di samping meningkatkan operasi tunggakan sewa kedai
Menambah dan memperhebatkan lagi kempen-kempen kebersihan, kursus dan gotong-royong di kalangan para peniaga dan penduduk setempat
Menambah dan meningkatkan kemahiran dan kecekapan kakitangan Majlis melalui pelbagai kursus, latihan serta seminar-seminar dalaman mahupun luaran
Menyelenggara dan membaikpulih secara menyeluruh kemudahan awam sedia ada seperti tandas awam, taman permainan dan sebagainya