MENU

BUNGA RASMI

 Bahagian Landskap Majlis Perbandaran Langkawi

 

 

 

 

 

 

 

    

 

     Pokok Bungor adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Lagerstroemia spp. Lagerstroemia floribunda yang dikenali sebagai Thai crape myrtle atau bungor kedah berasal daripada kawasan tropika Asia Tenggara. Bungor tergolong dalam kumpulan Lythraceae, yang juga termasuk pokok inai dan delima. Genus ini dinamakan bersempena ahli botani Sweden, Magnus von Lagerstroem (1691-1759).

     Bunganya yang cantik mempunyai sifat hermaprodit iaitu mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina, bersaiz sehingga 7.5 cm lebar, berwarna putih, ungu terang atau ungu lembut berjambakan di hujung batang. Terdapat lima kelopak bunga yang berkedut-kedut seperti kertas krep (crepe), menyebabkan pokok ini dipanggil dengan nama “crape myrtle” atau “crepe myrtle”. Daun bungor agak tebal dan berbentuk bujur, sehingga 30 cm panjang dan 13 cm lebar. Buahnya berbentuk kapsul, kering bila matang dan akan terbelah untuk menyebarkan biji benihnya yang bersayap. Pokok bungor boleh tumbuh sehingga 15 m tinggi. Lagerstromia speciosa dan L.langkawiensis  yang merupakan saudara dekat spesies ini juga boleh di lihat di FRIM.

     Daun Lagerstroemia speciosa digunakan di Filipina sebagai ubatan tradisional untuk mengubati penyakit kencing manis dan buah pinggang. Dalam ujikaji makmal ekstrak daunnya dilaporkan meransang pengambilan glukos dalam dos tertentu sama seperti tindak balas insulin. Teh daripada daun bungor boleh didapati di pasaran. Sifat kayu bungor yang tahan direndam amat berguna dalam pembinaan kapal, bot, perabot dan dalam industri pembinaan. Terdapat pelbagai kultivar Lagerstroemia speciosa, ditanam di tepi-tepi jalan, di kawasan pejabat, taman-taman awam dan laman.

Sumber : http://www.frim.gov.my/crape-myrtle-the-reds-before-the-fall/?lang=ms

OBJEKTIF

1.   Menjadikan Langkawi  sebagai sebuah Bandaraya Lagerstroemia indica  selaras

      sebagai bunga rasmi Bandaraya Langkawi.

 

2.   Mewujudkan pembangunan landskap yang mampan bagi kemudahan warga kota

      selaras dengan aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia Negara Taman.

 

3.  Menwujudkan kawasan rekreasi yang berkualiti serta lengkap dengan kemudahan-

    kemudahan sukan dan ridah bagi warga kota.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 8:24am