MENU

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tarhun 1945.

Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.

Pada tahun 2001, MPLBP telah mendapat ISO Versi 1994 berkaitan perancangan dan bangunan dan telah tamat pada tahun 2003.

Bidang tugas MPLBP meliputi Perancangan Fizikal, Ekonomi serta Sosial ke arah kemantapan Pembangunan Bandar di Langkawi dan memberikan Perkhidmatan Perbandaran yang efisyen serta bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar

Pentadbiran MPLBP sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan serta sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai

MPLBP melaksanakan setiap fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta dapat melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pihak Berkuasa Tempatan

Pada masa kini, jawatan Yang Dipertua keempat belas disandang oleh Tuan Abdul Bari Bin Abdullah,AMK.,BCK. yang memulakan tugasannya pada 10.12.2015.

Moto & Tema Langkawi

"NATURALLY LANGKAWI"

Jasamu Dikenang...
Mantan Yang Dipertua

1.
Dato' Hj. Mohamad bin Ishak
-
1/4/1987
-
1/2/1992
2.
Dato' Ku Nahar bin Ku Ibrahim
-
1/2/1992
-
1/2/1994
3.
Dato' Hj. Ismail bin Hamid
-
1/2/1994
-
15/4/2001
4.
Dato' Hj. Rasli bin Basir
-
15/4/2001
-
28/2/2005
5.
Haji Ahmad Fisol bin Mohd. Nor
-
1/3/2005
-
29/6/2007
6.
Dato' Mansor bin Hj. Ismail
-
1/7/2006
-
17/10/2007
7.
Haji Bakar bin Din
-
1/2/2007
-
17/10/2007
8.
Abdul Aziz bin Hj. Abd. Ghani
-
16/8/2009
-
30/6/2010
9.
En. Dzohir bin Md Zain
-
1/7/2010
-
16/1/2011
10.
En. Abd Rahman bin Salleh
-
17/1/2011
-
16/7/2011
11.
En. Zabuddin bin Hat
-
17/7/2011
-
30/6/2013
12.
En. Mohd Fisol bin Md. Noh
-
01/7/2013
-

30/07/2014

13.
Tn. Haji Isahak Bin Murat
-
01/8/2014
-
09/12/2015
14. En. Abdul Bari Bin Abdullah - 10/12/2015 -  

 

Kemaskini Terakhir: Ahad, 26 March 2017 - 11:13am