MENU

Pasukan EIMIRIL A telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Futsal Bandar Rendah Karbon 2019 di kejohanan yang berlangsung selama 2 hari dari 21 hingga 22 Februari 2019. Selain itu, tempat kedua dan ketiga telah disandang oleh Pasukan Zumbara FT dan Black Cat FT, manakala Pasukan Nusantara FT telah mendapat tempat keempat. Tempat kelima hingga kelapan masing-masing dimiliki oleh Pasukan Eimiril Junior, Ummi FT, Lang Prima dan MPLBP A. 

Bagi kesemua pasukan juga diucapkan jutaan terima kasih diatas kejasama dan semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan sepanjang tempoh kejohanan berlangsung dan sekalung tahniah. Diharapkan kejohanan ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dalam memupuk masyarakat bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 16 Oktober 2019 - 11:25am