MENU

Penganjuran seminar pada kali ini melibatkan penyertaan seramai 210 orang Ahli Majlis daripada 11 PBT di seluruh negeri Kedah yang bertwmpat di Hotel Aloft, Pantai Tengah dari 19 hingga 21 Julai 2020. Pengisian seminar tersebut terdiri daripada 6 sesi pembentangan yang menyentuh tentang cabaran memerangi rasuah, melestari budaya integriti, Dasar Kebersihan Negara, pelan pembangunan Negeri Kedah dan pengurusan kewangan dan hasil PBT serta forum tentang Strategi Pemulihan Ekonomi PBT Pasca COVID-19. 

Pelancaran Sistem OSC 3.0 Plus Online juga diselitkan di dalam seminar tersebut, dimana ia digunapakai oleh 4 PBT iaitu MPLBP, MP Kubang Pasu, MP Kulim dan MP Sungai Petani yang telah disempurnakan dalam satu majlis perasmian penutup seminar oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato’ Haji Isahak bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Berusaha Encik Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 7 Ogos 2020 - 12:03am