MENU

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan telah memperkenalkan satu kaedah yang baru iaitu imbasan kod QR sebagai medium pendaftaran bagi tujuan menghadiri mesyuarat sekaligus menggantikan kaedah manual sedia ada. Selain daripada mengikut arus perkembangan teknologi, MPLBP juga menyumbang ke arah memperkasakan kempen "Go Green" yang diwar-warkan iaitu pengurangkan penggunaan kertas di dalam apa-apa aktiviti yang bakal dilaksanakan. Justeru itu, bagi sesiapa sahaja yang akan menghadiri mesyuarat di MPLBP diminta untuk membuat instalasi aplikasi Kod QR bagi memudahkan anda untuk mendaftar kehadiran.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 16 Julai 2019 - 3:05pm