MENU

Sukacita dimaklumkan bahawa borang permohonan untuk Sewaan Pasar Malam Park N' Ride (Langkawi Youth Town), Pantai Cenang telah dibuka bermula 09 Julai 2019 hingga 15 Julai 2019 (4.00 ptg).

Pasar malam ini akan beroperasi selama 3 hari setiap minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) bermula pukul 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.

Keutamaan diberi kepada peniaga berstatus warganegara dan penduduk Langkawi.

Borang boleh didapati di Unit Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Tingkat 2, Bangunan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan. Untuk sebarang pertanyaaan sila hubungi 04-9666590 samb 145.

 

TAWARAN SEWAAN

Kemaskini Terakhir: Selasa, 19 November 2019 - 4:26pm