Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan akan mengadakan program gotong-royong dan sesi Townhall "Komuniti & Alam Sekitar" pada 27 Oktober 2016 (Khamis) pukul 8.15 pagi bertempat di Pusat Penjaja Taman Nilam, Kuah. Beberapa agensi turut mengadakan pameran dan Taklimat Tiada Aedes Tiada Denggi Tiada Zika akan disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi. Jabatan Penilaian & Pengurusan MPLBP akan membuka kaunter perkhidmatan seperti berikut:-
i) semakan dan bayaran cukai pintu
ii) permohonan pulangan denda lewat
iii) proses pindah milik pegangan
iv) mengemaskini data cukai taksiran
v) menerima dan menyemak status aduan
Semua dijemput hadir bagi menjayakan program ini.