MENU

 

1.         Apa Itu Cukai Taksiran?

Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).  Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) meliputi pegangan-pegangan berikut :

 

i.  Kediaman

Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri,

apartment, kondominium, rumah kampung dan sebagainya;

 

ii. Perniagaan

Kedai, rumah kedai/pejabat, kompleks membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi dan sebagainya;

 

iii. Perindustrian

Kilang, bengkel, gudang dan sebagainya;

 

iv. Tanah Kosong

Tanah kosong yang mempunyai geran hakmilik boleh dikenakan Cukai Taksiran/Cukai Pintu selaras dengan peruntukan Seksyen 2,  Akta 171.

 

2.         Bagaimana Cukai Taksiran dinilai ?

Cukai Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar (%)

  • Kadar % yang dikenakan :  5% bagi kediaman/rumah kampung

                                       6% bagi perniagaan/rumah taman

 

    3.     Bagaimanakah kenaan Cukai Taksiran dimaklumkan kepada pemilik?

   Semua pemilik pegangan yang terlibat akan menerima Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang menyatakan Nilai Tahunan dan Cukai Taksiran baru beserta tarikh kuatkuasa Cukai Taksiran tersebut.

 

   4.      Mengapakah Cukai Taksiran Dikuatkuasakan?

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik pegangan untuk membayar cukai  

taksiran/cukai pintu di bawah Seksyen 133, Akta 171 dan tidak menjadi satu alasan   

sekiranya bil cukai taksiran/cukai pintu tidak diterima;

 

  5.       Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bil Tidak Diterima

Anda boleh datang ke Kaunter Bersepadu MPLBP atau ke Jabatan Penilaian di Tingkat 2 MPLBP dengan membawa salinan bil cukai taksiran yang terdahulu atau nombor akaun bil cukai taksiran untuk mendapatkan cetakan bil yang terkini.  

 

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 Disember 2017 - 8:24am