Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa
            Tema Biru Tema Hitam Tema Coklat Tema Asal
    Log Masuk
    Carian
    Kalendar
Mei 2012
I S R K J S A
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
    Isi Kandungan

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
JAWATAN
EMAIL
Ext. 103  Pn. Jamilah Bt. Hanapiah Penolong Pegawai Penilaian jamilah@mplbp.gov.my
Ext. 131  Pn. Rashila binti Abdullah Penolong Pengawai Penilaian COB rashila@mplbp.gov.my
Ext. 130  Pembantu Tadbir    

 

Objektif Jabatan

Di antara objektif bahagian Penilaian adalah seperti berikut :-

  • Memastikan Cukai Taksiran dikenakan secara menyeluruh dan adil bagi setiap pegangan yang berkadar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

  • Mengamalkan dasar percukaian yang bijak dan seimbang untuk mendapat penghasilan yang optimum tanpa membebankan pembayaran cukai seterusnya menggalakkan perkembangan perdagangan dan pertumbuhan sektor hartanah.

  • Pengurusan maklumat hartanah yang sistematik dan terperinci yang boleh digunakan oleh Majlis. Agensi kerajaan dan pihak swasta untuk membuat perancangan dan keputusan yang tepat.

Fungsi Jabatan

  • Mengurus Sistem Maklumat hartanah berkadar di dalam kawasan Majlis

  • Menyediakan Senarai Nilai Bersama dengan apa-apa pindaan jika ada untuk pertimbangan Majlis dan menetapkan kadar bagi sesuatu pegangan sebagaimana yang diperuntukan di bawah Bahagian XV Akta Kerajaan Tempatan 1976

  • Menjalankan penilaian dan menyediakan Senarai Nilaian terhadap semua bangunan milik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun dalam kawasan Majlis bagi maksud Caruman Membantu Kadar

  • Menyediakan serta mengemaskini Senarai Nilaian, Butir-Butir dan rekod-rekod penilaian bagi sesuatu pegangan seiring dengan kemajuan semasa supaya senarai nilaian itu tepat dan lengkap

  • Merancang penilaian semula pegangan dalam kawasan Majlis tiap 5 tahun sekali

  • Mengemukakan syor-syor kepada Majlis untuk meringan tanggungjawab pembayar kadar apabila senarai baru dilaksanakan

  • Menyediakan, memeriksa dan mengesahkan laporan mengenai rumah runtuh atau terbakar untuk dibatalkan dari senarai nilaian dan di dalam kes pegangan rumah tidak diduduki bagi permohonan Elaun Kosong

  • Mendaftar pindah milik ke dalam Sistem Cukai Pintu (Senarai Pegangan) dan Buku Daftar

  • Menguruskan Pengeluaran Bil dan Notis bagi separuh tahun pertama & kedua

Halaman: 1  2