Pelancong yang ingin datang ke Pulau Langkawi menggunakan laluan jalan raya perlulah memandu ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis di Barat Laut Semenanjung Malaysia di mana terletaknya jeti feri yang utama ke Pulau Langkawi.
Terletak di bahagia utara Selat Melaka, 19 Batu Nautika di selatan Langkawi dan meliputi Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Segantang dan Pulau Kaca. Taman laut ini dipenuhi pelbagai hidupan dan tumbuhan laut.
Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang.
Senarai direktori perniagaan untuk kemudahan orang ramai yang ingin menjalankan perniagaan sama ada di dalam sektor pertanian,pelancongan dan perindustrian.