Objektif
Objektif Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Objektif Kualiti
-
Mengekalkan sekurang-kurangnya 30% aspek pengekalan warisan pembangunan yang dilaksanakan di zon-zon terpilih
-
Manggalakkan pertambahan 5% perkembangan ekonomi setiap tahun di bidang perniagaan dan perusahaan melalui pemberian lessen perniagaan kepada penduduk-penduduk Langkawi
-
Penguatkuasaan secara tegas dan menyeluruh ke atas perancangan yang ditetapkan, pelanggaran undang-undang mengenai kegiatan pembangunan, perniagaan dan kesihatan di luar peraturan-peraturan dan mengurangkan rungutan pelanggan
-
Memastikan sekurang-kurangnya 80% dari pelan-pelan pembangunan diluluskan mengikut perancangan dan juga memenuhi keperluan pembangunan yang ditetapkan
-
Mengadakan sekurang-kurangnya sekali program kempen kesedaran membayar cukai taksiran setahun bagi menggalakkan penglibatan dan komitmen penduduk dalam pembangunan dan penyediaan kemudahan asas penduduk melalui kutipan cukai taksiran
-
Mengurangkan sekurang-kurang 5% dari jumlah tunggakan cukai taksiran tahun semasa
-
Mengurangkan peratus aduan pelanggan setiap tahun
-
Memastikan setiap anggota MPLBP menjalani program latihan pembangunan sekurang-kurangnya 40 jam bagi kumpulan pengurusan dan professional dan 24 jam bagi kumpulan sokongan setahun
-
Memastikan 100% projek yang diluluskan dilaksanakan
-
Memastikan perbelanjaan tidak melebihi 5% peruntukan yang diluluskan
-
Memastikan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam mengikut jadual yang disediakan
-
Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan sediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan