<< Kembali
NOTIS PEMBERITAHUAN PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG KECIL PELESENAN ESTABLISYMEN MAKANAN (MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI) 1990
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis akan menjalankan kuasa - kuasa yang diberikan oleh seksyen 73 dan seksyen 102A Akta Kerajaan Tempatan 1976, dan dibuat menurut seksyen 103 Akta tersebut. Pihak Berkuasa Negeri Kedah telah pun mengesahkan Undang - Undang Kecil di atas untuk dikuatkuasakan.
2. Oleh itu, semua kantin sekolah di dalam Daerah Langkawi tertakluk kepada Undang - Undang Kecil di atas dan semua peniaga - peniaga kantin sekolah dikehendaki mengemukakan permohonan melalui borang yang diperuntukkan oleh Majlis untuk mendapatkan lesen bagi tujuan menjalankan perniagaan.
3. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa pihak Majlis telahpun mengeluarkan notis kepada semua peniaga - peniaga kantin sekolah pada bulan Oktober 2009 untuk mengemukakan permohonan kepada Majlis. Kegagalan peniaga - peniaga tersebut berbuat demikian akan menyebabkan pihak Majlis tiada pilihan selain meneruskan dengan tindakan kompaun mengikut peruntukan undang - undang sedia ada.
Sekian untuk makluman.
ABDUL AZIZ B. HJ. ABD. GHANI., SDK. AMK. BCK.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman