Perkhidmatan Pembuangan Sampah Di Tapak Perlupusan Sampah
Kontraktor kutipan sampah hendaklah membuang sampah (jika sampah biasa) di tapak pembuangan MPLBP yang terletak di Jalan Ayer Hangat. Sekiranya bahan buangan ini adalah buangan terjadual, ia hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Tapak Pelupusan / Pembuangan Sampah Langkawi terletak di Kg. Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, iaitu 11 km dari Pusat Bandar Kuah yang mempunyai keluasan 20 ekar. Kadar bayaran perkhidmatan (tipping fees) bagi perkhidmatan membuang sampah di tapak pelupusan MPLBP adalah seperti berikut :
Kadar bayaran perkhidmatan :
| Jenis Perkhidmatan | Kadar Bayaran |
| Pembuangan Sampah (lori tayar 4) | RM 10.00 / trip |
| Pembuangan Sampah (lori tayar 6) | RM 20.00 / trip |
Bayaran perlulah dibuat terlebih dahulu di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dan dapatkan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran. Resit pembayaran perlulah diserahkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter Tapak Pelupusan Sampah, Kg. Belanga Pecah.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Bahagian Perkhidmatan Bandar
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kuah, 07000, Langkawi
Talian : 04-9666590 Sambungan : 126