PERMOHONAN PENYEWAAN ARKED / MEDAN SELERA / KIOSK / PETAK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
1. Cara - Cara Permohonan
- Setiap permohonan bolehlah dikemukakan ke Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan selepas tawaran iklan kekosongan ruangniaga dibuat. Borang - borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah diserahkan sebelum tarikh tutup iklan dibuat.
- Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan penyewaan ruangniaga gerai yang boleh diperolehi daripada :
i) Jabatan Perlesenan dan Kesihatan
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
ATAU
ii) Laman web Majlis - www.mplbp.gov.my
- Borang yang telah lengkap diisi besertakan dengan dokumen tambahan yang diperlukan hendaklah di hantar secara serahan tangan di :-
i) Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
ATAU
ii) Di pos ke alamat kepada :-
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
u.p : Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
2. Syarat - Syarat Permohonan Penyewaan Arked / Medan Selera / Kiosk / Petal Majlis Perbandaran Langkawi
- Gambar permohonan 2 keping.
- Salinan kad pengenalan.
- Satu salinan penyata kewangan bank semasa.
- Kertas cadangan untuk menjalankan dan memajukan perniagaan di tapak berkenaan.
3. Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :-
En. Azli bin Abd. Rani
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Talian : 04-9671524 / 1824 Sambungan : 102
No. Faks : 04-9671773 / 04-9666158