Bahasa Melayu | English | Lain-Lain Bahasa Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman 
Baca Teks
Pilih Latar Belakang :              
    Carian
    Kalendar
<< < Februari, 2012 > >>
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Lagi Peristiwa
    Isi Kandungan

Tempat-Tempat Menarik

Pulau Langkawi amat kaya dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong tidak kira dari dalam atau luar Negara. Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi boleh dikategorikan sebagai :-

  • Kuah

    • Dataran Lang.

Dataran Lang ialah mercu tanda yang paling jelas kelihatan oleh pelawat yang datang melalui jalan laut. Terletak berhampiran Jeti Kuah, tarikan utama di dataran ini ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang. Mengikut cerita lama, Langkawi memperolehi namanya daripada helang. Dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan, oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan’.

 

Dataran ini dilanskap indah dan mempunyai kolam, jambatan, teres tertutup, restoran dan “barrel vault” yang dibuat daripada batu-bata. Dataran ini diterangi dengan indah pada waktu malam dan mempersembahkan permandangan yang indah apabila anda menuju ke pulau pada waktu malam.

    • Taman Lagenda.

Taman Lagenda ialah sebuah taman indah dengan kebun-kebun yang dipenuhi bunga tempatan yang berwarna-warni, tumbuh-tumbuhan dan pokok buah-buahan. Taman 50 ekar ini telah direka dnan dilanskapkan dengan pameran yang memperihalkan mitos dan lagenda pulau ini. Ia mempunyai 17 monumen, setiap satu menceritakan kisah yang menarik.

  • Pantai & Pulau

    • Pantai Kok, Cenang, Pantai Tengah, Pantai Datai, Pantai Pasir Hitam dan Teluk Burau adalah diantara pantai-pantai paling indah yang menawarkan hari-hari bebas di bawah matahari dan bersir-siar di waktu petang. Penginapan kelas pertama di hotel-hotel moden atau calet yang selesa ada disediakan. Pelbagai jenis sukan air memberikan keriangan dan keseronokan kepada mereka yang aktif. Restoran di hotel dan di luar menghidangkan pelbagai makanan menyelerakan diiringi muzik persembahan langsung dan persekitaran yang hebat

    • Pelayaran mengelilingi pulau ialah satu cara yang bagus untuk berehat dan melihat pemandangan indah di Langkawi. Semasa bot anda bergerak melalui jalan air di antara pulau-pulau, nikmati bayu sejuk dan sinaran hangat matahari. Perjalanan pergi balik sekeliling Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah memakan masa lebih kurang empat jam. Pilihan lain ialah dengan menyewa sebuah bot dan nikmati pelayaran sambil melihat matahari terbenam dengan minuman. Jadual perjalanan yang melibatkan barbeku, bersnorkel atau perjalanan ke pulau-pulau yang lain juga boleh diatur.

    • Tanjung Rhu terletak di tanjung utara Langkawi. Dinamakan sempena pohon rhu yang banyak terdapat di situ. Pantai menawan ini menawarkan pemandangan indah pulau-pulau sekitarnya, yang boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki pada waktu air surut.

Halaman: 1  2  3